Tuesday, 23 August 2016

Komposisi Etnik Di Malaysia 

Etnik utama penduduk Malaysia terdiri daripada etnik Melayu
Cina dan India. Etnik Cina dan India masing-masing berasal dari
negara China dan India. Disebabkan migrasi , kedua-dua etnik ini 
telah berkembang dan menjadi penduduk tanah melayu sejak 
pemerintahan Inggeris .

Etnik Melayu 
Image result for etnik melayu
Berasal daripada berbagai-bagai keturunan . Melayu Proto 
( Melayu Purba atau Melayu Asli ) , Melayu Deutero 
( Melayu Lama ) , Melayu Moden dari Timur Tengah , India , 
Cina dan Eropah . Berhijrah ke Asia Tenggara dan berkemungkinan
menjadi orang pertama di tanah melayu .


Melayu Proto

Image result for melayu proto
Masyarakat yang berhijrah dari Yunan , Taiwan dan tempat-

tempat jauh seumpama itu . Berkembang sehingga
membentuk suku kaum Seman , Senoi , Temiang , Jakun ,
Orang laut dan Orang sungai . Pembahagian daripada 
berbagai-bagai kaum yang menggabungkan beberapa 
suku kaum yang tinggal dalam lingkungan keluarga Melayu .
Ciri fizikal meraka ialah berbadan pendek , berkulit gelap 
dan berambut kerinting . Bilangan mereka lebih ramai 
berbanding dengan orang melayu Deutero .


Melayu Deutero
Image result for melayu deutero
Orang Melayu Deutero atau Orang Melayu lama merujuk 
keturunan Melayu yang mendiami kawasan lembah Mekong
dan Vietnam pada masa lampau iaitu Melayu Funan dan
ChampaRamai mendiami kawasan kampung dan dusun
Mempunyai kelebihan dalam bidang pertanian serta
pembuatan besi dan logam


Melayu Moden


Merupakan masyarakat yang bercampur dan berkahwin
antara Melayu Proto dengan Melayu Deutero dan kumpulan
yang datang dari Timur Tengah,India,Cina dan Eropah.
Kehidupan masyarakat ini setanding dengan bangsa
Eropah,China,Jepun dan Korea. Mereka memilih untuk
menjadi Melayu,bertutur dalam bahasa Melayu yang
fasih,agama Islam,mengamalkan budaya-budaya melayu
dan berbangga sebagai orang melayuHampir semua 
Melayu Moden tinggal di bandarMereka juga terdedah
kepada kemajuaan teknologi,mempelajari pelbagai ilmu.