Tuesday, 23 August 2016

Etnik Minoriti

Image result for orang punan dan orang rungus
Etnik Minoriti, iaitu orang asli yang pertama dipercayai menetap di
Semenanjung Tanah Melayu pada kira kira  1000 Tahun Masihi.
Merupakan salah sebuah kediaman yang terawal di Nusantara.
Terdapat penemuan kesan kesan peninggalan prasejarah di
Lenggong, Perak dan Gua Niah, Sarawak. Penduduk terawal di
negara ini ialah orang asli di Semenanjung Tanah Melayu, orang
punan di Sarawak serta orang Rungus di Sabah. Etnik Serani ialah
masyarakat Portugis dan Belanda yang kahwin dengan Orang
Melayu. Komposisi etnik sarawak terbahagi kepada 2 kumpulan.
Kumpulan pertama adalah penduduk perisisiran terdiri daripada melayu dan kaum melanau. Orang Melayu mula menetap di Sarawak pada abad ke-15. Kumpulan yang kedua ialah penduduk pedalaman terdiri daripada kaum Iban, Bidayuh, Bisayah, Murut, Penan, Kayan, Kenyah, Punan, Kedayan, dan Kelabit. Orang Iban adalah peribumi yang terbesar di Sarawak. Penempatan etnik Sabah bermula di tepi-tepi pantai dan lembah-lembah sungai utama.
Masyarakat Sabah terdiri daripada 23 etnik bumiputra. Antara etnik peribumi Sabah ialah Kadazan, Bajau, Dusun, Murut, Kadayun, Orang Sungai, Suluk, dan sebagainyaKadazan Dusun merupakan etnik terbesar di Sabah. Mereka dipercayai berhijrah ke Borneo Utara kira-kira 2000 tahun yang laluKemasukan buruh asing mempengaruhi komposisi penduduk Sabah akibatnya etnik Sabah terdiri daripda pelbagai suku kaum yang wujud hingga ke hari ini.

No comments:

Post a Comment