Tuesday 23 August 2016

Etnik Cina

Image result for etnik cina
Merupakan etnik kedua terbesar selepas etnik Melayu dan
Bumiputera. Berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu pada abad
ke-19 tujuan ingin bekerja sebgai pelombong. Mereka amat patuh
kepada pembesar –pembesar Melayu. Keadaan berubah kerana
mereka diberi konsensi untuk mengusahakan  lombong bijih timah
di negeri Melayu. Perang saudara kerap berlaku di kawasan
perlombongan dan British terpaksa campur tangan dan
menggalakkan Etnik Cina datang ke negeri Melayu. Mereka
berhijrah ke negeri Melayu untuk mencari rezeki kerana China
sering dilanda malapetaka,bencana alam dan perang saudara .
Selain itu , mereka berhijrah kerana pelawaan saudara-mara mereka
yang lebih awal datang ke Tanah Melayu dan Asia Tenggara.
Mereka lebih tertumpu di kawasan tertentu sahaja. Mereka terdiri
daripada etnik Kwantung, iaitu orang Kanton,Teochaw,Hakka dan
HailamKebanyakkan mereka terdiri daripada peniagaOrang
Hakka bekerja sebagai pelombong bijih timahOrang Hailam lebih
suka membuka kedai kopi dan menjadi orang gaji kepada orang
pembesar Eropah .

No comments:

Post a Comment