Tuesday, 23 August 2016

Sejarah Dan Latar Belakang Masyarakat Majmuk Di Malaysia 


Tanah Melayu mempunyai pertalian rapat dengan penduduk Orang Asli . Orang asli dikenali sebagai Orang Melayu Proto memiliki ciri-ciri yang tidak jauh bezanya Dengan Orang Melayu Moden .
Kehadiran etnik cina dan India banyak mempengaruhi dan mengubah sistem sosial  masyarakat Tanah MelayuPerubahan ini dapat dilihat menerusi pembetukan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia . Ia dapat dikesan sejak awal tahun Masihi menerusi kegiatan perdaganganTanah Melayu terletak di lokasi yang strategik iaitu di tengah-tengah laluan Perdagangan antara timur dan baratTanah Melayu menjadi tumpuan dan tempat persinggahan para pedagang dari India , China , Eropah dan Arab .
Kerajaan Melayu Tua seperti kerajaan Kedah , Kerajaan Lankasuka dan Kerajaan Gangga Negara telah menerima pengaruh Hindu Buddha yang dibawa oleh pedangang India . Keagungan Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 membawa ramai pedagang asing
Berhijrah ke Melaka. Mereka terdiri daripada pedagang yang datang dari China,India,Arab dan Eropah dan Juga pedagang-pedagang dari wilayah-wilayah Kepulauan Melayu.